Thursday, March 3, 2011

'Contest Resepi Pilihan' Sinar Raudah


aku telah dijemput untuk join contest oleh Amy dari Sinar Raudah dari blog personal aku @ UmmiTo3Nur's

nak join sila klik SINI



resepi yang aku ingin kongsikan di sini ialah Kari Ikan Utara yang aku belajar daripada arwah ibu mertuaku yang sememangnya bagi aku terror dalam bab2 membikin kari nih...sebab aku bila balik Penang dulu2 masa mak mertua aku ada lagi..aku makan tak hengat..adala 4 kali tambah..punyala tak malunya...
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

resepinya...

3 ekor ikan kembung yang direndam siap dengan air asam jawa (ikut suka nak guna ikan apa2 yang sesuai)
3 sudu besar rempah kari ikan (aku beli di Penang yang sukat2)
9 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili mesin
2 cawan santan
minyak masak secukupnya
3 tangkai daun kari dilurutkan daunnya
2 sudu kecil garam

Bahan tumbuk -
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih


Bahan sampingan -
6 batang bendi
2 biji tomato - potong 4
3 biji cili hijau tak dibelah

Cara-cara memasaknya...
1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali melengkung
2. Masukkan halba goreng sekejap dan terus masuk bawang merah dan putih yang dihiris tadi bersama2 dengan daun kari
3.sediakan mangkuk untuk mencampurkan rempah kari dan bahan2 yang ditumbuk tadi dan sebatikan dengan air.
4. Pastikan bawang ditumis sehingga garing dan menjadi kekuning-kuningan
5. Tuang bahan2 dalam mangkuk tadi ke dalam periuk.Kacau sekejap dan biarkan sampai pecah minyak dan bau rempah hilang.
6. Masukkan kacang bendi awal sedikit untuk layukannya dan masukkan santan. campurkan air sedikit jika santan terlebih pekat.
7.
Bila dah menggelegak,baru masukkan ikan dan garam secukup rasa.
8. Bila ikan dah masak,tutup api dan masukkan buah tomato yang dipotong 4 dan cili hijau.

tarikh tutup : 12 Mac 2011 (12 a.m.)

2 comments:

  1. First amy nak cuapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah. Penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan.Good luck ok!


    p/s: tengok gambar pun dah boleh tahu sedap..

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya resepi ni

    zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete